Keluar dari mulut buaya, masuk mulut harimau...😭

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah. Itu yang Hamka katakan. Ya, memang benar hidup ini bukan mudah. Perjalanan sepanjang kehidupan bukanlah ditaburi bunga mewangi sebaliknya penuh ranjau berduri. Seringkali hitungan langkah yang salah membuatkan tapak kaki berdarah tertusuk duri yang tajam.

Kadangkala ujian yang datang tu teramat berat sehingga rasa putus asa. Tak mampu nak kira air mata yang menitik. Bahu yang terhingut-higut menahan sebak dan sayu pun sudah lali. Lemahnya diri. Rasa mahu tersembam ke bumi. Bagai dah sampai ke hujung jalan mati. Ya Allah, lemahnya aku. Aku dah tak mampu lagi, Ya Allah.

Ada saatnya segala kekuatan yang kita ada selama ini hancur lebur begitu sahaja dek ujian yang datang. Nampak seperti orang yang sentiasa bermotivasi, tapi kalah juga akhirnya. Sentiasa memberi semangat kepada orang sekeliling, tapi rebah juga motivasi diri sendiri. Acapkali air mata menemani saat berdialog dengan Allah. Pernah terfikir tentang ujian yang tak jemu bertandang. Kadangkali cemburu melihat orang lain kelihatan gembira. "Aku dah penat. Aku dah letih. Aku tak mampu. Aku juga insan biasa yang lemah." Itu bisikan dalam hati. Makin laju air mata mengalir. Sesak nafas. Sempit dada. Ya, itu hakikat apabila tiba saatnya dugaan yang datang bertubi-tubi menerjah kekuatan diri.

Tapi sedarkah kita, Allah sedang menguji kita? Allah sebenarnya memberi perhatian-Nya kepada kita? Allah sayang akan kita. Sebab itu DIA uji kita supaya kita tak lupa diri, tak kufur nikmat, tak lupa tujuan asal usul penciptaan manusia. Ya, pujuk diri. Istighfar banyak-banyak. Alhamdulillah, aku diuji. Terima kasih, Allah. Terima kasih kerana Engkau sayang kepada aku. Engkau uji aku supaya aku tak leka dengan dunia sementara sedangkan akhirat itu yang kekal abadi.

Aku juga ingin bahagia, Allah. Aku juga ingin bergelak tawa seperti kawan-kawan lain. Tapi, aku sering dikunjungi dugaan dan air mata. Aku tidak minta Engkau permudahkan urusanku, Ya Allah. Aku cuma mohon Engkau anugerahkan aku kekuatan agar aku mampu meneruskan langkahku di muka bumi ini. Biarlah tak mampu meneruskan langkah dengan berlari, berjalan, merangkak sekalipun. Mengesot pun sudah mencukupi asalkan aku mampu teruskan langkah setiap hari. Ya Allah, aku tahu Kau sedang mendengar luahan rasa sekeping hati yang tidak pernah lekang daripada duka lara ini. Aku tahu Kau sedang memandangku dengan kasih sayang, Ya Allah. Aku mohon, Ya Allah. Anugerahkan aku kekuatan. Aku mahu terus melangkah sebagai hamba-Mu yang senitasa bersyukur atas apa jua yang Engkau berikan padaku. Amin Ya Rabb.

Setitik demi setitik air mata menitik jatuh menimpa telekung putih. Ya, biarlah basah. Biarlah Allah sahaja yang tahu duka di hati. Biarlah Allah sahaja yang tahu betapa aku inginkan sesuatu itu dengan cara yang diredhai-Nya. Aku mahu yang diredhai, bukan yang dimurkai. Aku mahu yang halal, bukan yang haram. Aku mahu kebahagiaan abadi, bukan kebahagiaan sementara.

Longlai sungguh tubuh ini. Rasa tak berdaya. Lemah benar. Tapi, aku takkan putus asa. Pasti ada jalan yang Allah sediakan untukku.
Thank you, God, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today

Thank you for all the experience of this past year.
for times of success which will always be happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.
Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones.

Aku tahu Allah mendengarnya..
Ya Allah, beratnya ujianMu terhadap diriku.Allah memberikan aku laluan yang harus ku tempuh biarpun aku tidak kuat untuk berdiri dgn gagah? Atau..sememangnya pilihan yg ku lakukan sejak dari dulu bukan pilihan yang tepat lalu Allah turun kan ujian ini untuk aku .
Entahlah....tidak dpt ku kira berapa titisan air mata ku gugur.
Kadang2,Perkataan sabar membawa erti yang besar bagi diriku. Sabar, sabar. Ye, aku mmg sabar. Tapi, sekeras2 hati ini cuba bersabar ada kalanya aku tewas...dan menyesakkan dada dan juga mampu membuatku hilang pertimbangan. Ada kalanya ingin sahaja aku lari, biar semua org mengerti, betapa aku tidak mampu lagi menempuh semua ini, namun kewarasan akal ku menghalang aku dan setiap kali, aku cuba bangkit, dengan berbekalkan semangat baru.dengan harapan, moga suatu hari akan ada penghujungnya.
Ya Allah, lemahnya diri ini. Kesabaranku semakin menipis.
Minda dan hatiku seolah2 tidak bergerak seiring dengan perlakuanku.
Ya Allah. Sesungguhnya aku sgt rapuh. tidak ku ketahui sampai bila aku mampu bertahan.sampai bila hati aku mampu bersabar.Kerana aku sudah mula hampir tewas......
Setiap hari aku mengeluh..,bila tak terdaya menanggung tekanan yang dihadapi, ya allah aku taknak jadi orang yang menyalahkan takdir. Aku cuba mahu bertahan untuk sabar dengan segala ujian-ujianMu ini, tapi aku rasa aku tak cukup kuat.

How I wishhhhhh I can putar balik masa. I want to fix everything back to normal. But I know itu semua merepek belaka. T_T

Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang aku rasa sekarang ni, maka kuatkan lah hati ini untuk redha dan sabar. Hanya Engkau tempat aku bergantung dan berharap. ya allah.

Ampunilah segala dosaku ya Allah, sekiranya apa yang berlaku ini merupakan balasan di atas dosa-dosaku yang dulu.
OK...jam menunjukan pukui 12.33..am
*sigh* Personally, I am......very tired. But I need to start work at night . I just need to start. I know I won’t do much tonite but at leasttttt, kerje bergerak. I think I just need to get the mood and get use with the environment.~

Alhamdulillah....................
terima kasih ya alllahhh....
for the changes U made in my life.
Today,
i cried because i am very happy...happyyyyy sangat!
macam mimpi..., macam tak percaya pun ada..., sesunguhnya aku berterima kasih kepadamu ya allah...!!
tQ Allah!

Rezeki yang kau berikan kepada aku, tidak akan aku sia sia kan...!

Hidup kita ni,akan bermakna jika kita yakin dengan matlamatnya...
Walaupun kita tak punya harta bertimbun,cukuplah kiranya kita berusaha setiap masa untuk memperbaiki hidup kita.

Walaupun diri terasa keseorangan,lihat sekeliling dan pastinya ada sekurang kurangnya seorang insan lain dalam hidup kita...mungkin kekasih,mungkin keluarga atau seorang sahabat.seandainya masih terasa tiada sesiapa...yang pasti,kita ada Dia yang sangat mencintai kita.
Apapun yang kita lalui...tiada satu pun akan selamanya menjadi hak kita kecuali dengan izin dan kasih sayang yang Maha Mencintai hambanya...paling penting,apapun yang terjadi...bersyukurlah,tabah,sabar,redha dan ikhlaskan hati menerima kerana Dia tidak pernah memberi ujian yang tak mampu kita tanggung.Sesungguhnya ujian itu juga tanda Dia selalu mengingati kita dan cara dia untuk membuatkan hati kita mengingati dan mencintai Dia.
TQ Allah for everything....it makes me stronger and wiser!
Work’s been pretty much the same these past few days.But I have to continue pushing myself. Insyaallah, I can. Allah, please give me the motivation! Amin.